ALUAN

salam

Salam Hormat, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia,

Pertama sekali, saya ingin mengucapkan Selamat Datang ke Laman Web Jabatan Pendaftar, Universiti Sains Malaysia. Laman Web Jabatan Pendaftar diwujudkan khusus bagi memudahkan penyampaian maklumat dengan cepat, tepat dan berintegriti mengenai fungsi dan perkhidmatan yang dilaksanakan oleh Jabatan Pendaftar bagi rujukan umum semua pihak.

Jabatan Pendaftar terdiri daripada :

1.  Pejabat Pendaftar
2.  Bahagian Sumber Manusia (BSM)
3.  Bahagian Pengurusan Akademik (BPA)
4.  Bahagian Pengurusan Maklumat & ICT (BPM&ICT)

Berfungsi sebagai nadi utama bagi mengendalikan segala urusan yang berkaitan pengurusan sumber manusia, pengurusan akademik serta urus tadbir dan kemudahan pusat. Dalam menyahut seruan kerajaan agar universiti juga adalah sealiran dengan program transformasi yang sedang dijalankan, Jabatan Pendaftar juga berperanan dalam memastikan pentadbiran dan pengurusan universiti dilaksanakan dengan cekap dan berkesan seiring dengan Misi dan Visi Universiti.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua Bahagian di Jabatan Pendaftar yang bertungkus lumus menyediakan maklumat yang terkini untuk dimasukkan ke dalam Laman Web Jabatan Pendaftar ini. Insya-Allah dari semasa ke semasa, Jabatan Pendaftar akan terus berusaha mengemaskini semua maklumat supaya semua pihak dapat memperolehi maklumat yang terkini.
          

Sekian, terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
‘Memastikan Kelestarian Hari Esok’

PENDAFTAR