LAKUKAN PERUBAHAN SECARA TERANCANG

2018 100pend5

Pulau Pinang, 12 April 2018 - Apa juga perubahan yang hendak dilakukan dalam organisasi perlu dirancang dan susuli dengan tindakan serta pemantuan yang jitu, demikian menurut Pendaftar Universiti Sains Malaysia (USM), Dr. Musa Ali dalam program Bicara Santai Sirap Limau Ais bersempena 100 hari beliau memegang jawatan Pendaftar. Program tersebut  telah diadakan di Taman Buku, Penerbit USM.

IMG 45852018 100pend8

Musa secara eksklusif dan santai berkongsikan pengalaman, perencanaan dan strategi ke arah memantapkan perkhidmatan Universiti. 
 
Tambah beliau “Setiap hari saya masih belajar dalam melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan sebagai Pendaftar dan cuba melaksanakan tugas yang seiring dengan moto Universiti, Kami Memimpin ".
 
Musa berkata bagi memaknakan moto Kami Memimpin setiap warga USM seharusnya dalam melaksanakan tugas seharian bekerja secara berpasukan tanpa perlu terikat dengan batas PTJ. Dengan melaksanakan kerja secara berpasukan maka banyak perkara boleh dikongsi secara bersama.

 IMG 20180413 101524IMG 20180413 101413

Program turut diserikan lagi dengan kehadiran Naib Canselor Profesor Datuk Dr Asma Ismail, dan ucapan aluan dari Pengarah Penerbit, Encik Akhiar Salleh menjelaskan program ini bertujuan untuk menjadi platfom perkongsian pendapat dan pengalaman daripada tokoh-tokoh jemputan. Selain itu beliau turut berharap supaya Taman Buku dijadikan ruang berkumpul sambil bertukar-tukar idea serta pendapat.

IMG 46442018 100pend4
 
“Sirap Limau Ais merupakan metafora yang menunjukkan manis, masam dan sejuk dalam kehidupan seharian kita” kata Akhiar.

 2018 100pend62018 100pend2

Program ini dimudahcarakan oleh En Zulkifli Musa, Pegawai Penerbitan turut memberi peluang kepada penonton untuk mengemukakan soalan kepada  Musa. Seramai 200 orang staf menghadiri program tersebut selain itu program tersebut juga diikuti secara langsung melalui aplikasi youtube.
 
Turut hadir  Pengarah Kampus Kejuruteraan Profesor Dr. Nor Azazi Zakaria, Pengarah Ombudsman Profesor Dato’ Seri Dr Md Salleh Yaapar,  Mantan Dekan Pusat Pengajian Sains Kajihayat, Prof Manshhor Mansor,  isteri Pendaftar Puan Zurida Aziz , kakitangan akademik , pegawai pentadbiran dan sokongan serta para pelajar.

Teks: Sharifah Darweena Syed Ahmad Amir Feisal Foto: PTI