PENDAFTAR USM KUNJUNG HORMAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PERLIS

WhatsApp Image 2018 03 23 at 10.35.40 1
Kangar, 23 Mac 2018 - Pendaftar Universiti Sains Malaysia (USM), Dr Haji Musa Bin Ali  mengadakan kunjung hormat kepada Setiausaha Kerajaan (SUK)  Negeri Perlis, YB Dato' Dr. Syed Omar Sharifuddin Bin Syed Ikhsan di Pejabat SUK di sini hari ini. 
WhatsApp Image 2018 03 23 at 10.35.40
Selain mengadakan kunjung hormat, Musa dan Syed Omar Sharifuddin juga bertukar-tukar fikiran tentang pelbagai program yang boleh memberi manfaat kepada Kerajaan Negeri Perlis dan USM keseluruhanya. Perbincangan juga menjurus kepada program pembangunan kepimpinan untuk  SUK dan USM.
 WhatsApp Image 2018 03 23 at 10.35.41WhatsApp Image 2018 03 23 at 10.35.42WhatsApp Image 2018 03 23 at 10.39.01
Syed Omar Sharifuddin dilantik sebagai SUK Negeri  Perlis mulai 1 Januari 2018. Sebelum ini, beliau adalah Timbalan  Pengarah Kanan Institut Tadbiran Awam (INTAN) .
 
Teks : Dr. Haji Musa Ali  Foto: Zulkipli Mat