PENDAFTAR USM TERIMA KUNJUNGAN DELEGASI UNIVERSITI MALAYA

2018 UM1

Pulau Pinang, 19 Mac 2018 – Jabatan Pendaftar Universiti Sains Malaysia (USM) menerima kunjungan kerja dan penandaarasan dari delegasi Universiti Malaya (UM) terdiri daripada pegawai-pegawai dari Bahagian Sumber Manusia (BSM) dan Pusat Teknologi Maklumat diketuai oleh Pemangku Pendaftar, Encik Mahamad Apandi Khalib.

Delegasi disambut oleh Pendaftar USM, Dr Haji Musa Ali dan pegawai-pegawai Jabatan Pendaftar. Turut hadir ialah Timbalan Pendaftar Kanan BSM Encik Mohd Saad Haji Din dan Encik Mohamad Abdullah, Timbalan Pendaftar Kanan HEPA.

WhatsApp Image 2018 03 19 at 09.20.31WhatsApp Image 2018 03 19 at 09.20.30

Kunjungan ini merupakan lanjutan dari perkongsian ilmu membangunkan Pelan Strategik Bahagian Sumber Manusia UM yang diadakan 19 Januari lalu di mana Musa adalah pemudahcaranya. Selain itu, pihak UM juga ingin mendapatkan maklumat lanjut tentang sistem pengurusan yang dibangunkan oleh Jabatan Pendaftar USM antaranya ialah MyRegistry, MyTalent, MyCPD dan MyWorkProfiling.

WhatsApp Image 2018 03 19 at 15.49.46WhatsApp Image 2018 03 19 at 15.49.49

“Pihak UM berhajat ingin berkongsi ilmu mengenai Sistem Pengurusan Sumber Manusia USM sebagai penanda aras dan penambahbaikan sistem pengurusan BSM di UM” kata Mahamad Apandi.

WhatsApp Image 2018 03 19 at 15.49.39WhatsApp Image 2018 03 19 at 15.49.38

Beliau berharap perkongsian ilmu ini dapat membantu pihak UM dalam membuat perancangan dan melaksanakan kerja-kerja seharian dengan lebih strategik disamping dapat menambahbaik sistem sedia ada.

Teks: Sharifah Darweena Syed Ahmad Amir Feisal Foto: Mohammad Shafiq Abdul aziz