EXCO PENDAFTAR LAWAT BANGUNAN BARU IPPT

 WhatsApp Image 2018 03 16 at 21.05.48Bertam, 16 Mac 2018-  Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pendaftar (EXCO Pendaftar) , Universiti Sains Malaysia (USM) yang diketuai oleh pengerusinya, Pendaftar, Dr Haji Musa Ali telah mengadakan lawatan ke bangunan pentadbiran baru Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT). Lawatan itu diadakan sempena mesyuarat Exco Pendaftar di mana IPPT menjadi tuan rumah.
 
WhatsApp Image 2018 03 16 at 21.04.54WhatsApp Image 2018 03 16 at 21.04.56
 
Lawatan ini dimulakan dengan Blok C iaitu Blok Akademik yang terdiri daripada bilik-bilik pensyarah, bilik tutorial, makmal serta Pusat Data dan kemudiannya ke Blok B yang merupakan Pejabat Pengarah serta Pejabat Akademik. Lawatan diteruskan ke Blok A yang merupakan Perpustakaan, Pejabat Pengurusan dan Pentadbiran.
 
WhatsApp Image 2018 03 16 at 21.04.56 2WhatsApp Image 2018 03 16 at 21.04.55
 
Antara ahli EXCO Pendaftar yang hadir adalah Tuan Haji Mohd Saad Din, Puan Noriah Mohamad, Encik Mohamad Abdullah, Tuan Haji Yusoff Abdullah, Puan Rohilatifah Baharum @ Harun, Puan Roshita Shariff dan Encik Ihsanul Anwar Shamsur Rahim.
 
Turut hadir ke lawatan yang diadakan sempena mesyuarat EXCO Pendaftar di Bilik Mesyuarat Seksyen Pengurusan Blok A, ini adalah Encik Mohd Faizal Md Osman dan Zulkipli Mat.
 
Teks/ Foto:  Sharifah Darweena Syed Ahmad Amir Feisal