MOHD ANUAR ARSHAD DILANTIK TIMBALAN PENGARAH PIPPA

IMG 20180315 WA0035
Pulau Pinang, 15 Mac 2018- Pensyarah Pusat Pengajian Pengurusan, Universiti Sains Malaysia (USM) Dr. Mohd Anuar Arshad dilantik memegang jawatan Timbalan Pengarah Pusat Inovasi dan Produktiviti Pentadbiran Awam (PIPPA) berkuatkuasa 15 Mac 2018.
 
Beliau yang telah dilantik oleh Naib Canselor USM Prof. Datuk Dr. Asma Ismail hari ini menerima surat pelantikan daripada Pendaftar USM, Dr. Musa Ali yang juga Pengarah PIPPA.
 
Mohd Anuar pernah memegang beberapa jawatan penting di pelbagai sektor industri selama lapan tahun.
 
Beliau juga adalah pemegang ijazah Doktor Falsafah dari Murdoch University, Perth Australia dalam bidang Perdagangan dan kepakaran beliau ialah Human Resource Management, Organisational Behaviour dan Organisation Development. 
 
Teks: Sharifah Darweena Syed Ahmad Amir Feisal