PENDAFTAR USM TERIMA LAWATAN DELEGASI UPSI

upsi1

USM, PULAU PINANG, 9 Februari 2018- Universiti Sains Malaysia (USM) hari ini menerima lawatan rasmi oleh delegasi dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang diketuai oleh Pendaftarnya, Dr Hajah Zainab Binti Othman.

Lawatan ini lebih memberi fokus kepada perkongsian amalan terbaik yang diamalkan oleh USM dalam pengurusan dan pembangunan sumber manusia dan tadbir urus.

upsi3

 

Pendaftar USM, Dr Haji Musa Bin Ali turut hadir dalam mempengerusikan perbincangan rasmi ketika lawatan ini.

Antara fokus perbincangan adalah topik Kenaikan Pangkat, Job Description, Pelantikan Kakikatangan Kontrak, Pengurusan Latihan, Talent Pool, Pengurusan LPU dan Keselamatan Perlindungan.

upsi5upsi7

upsi4upsi6

Turut hadir adalah Timbalan Pendaftar Kanan Bahagian Sumber Manusia USM Tuan Haji Mohd Saad Bin Haji Din, Ketua Timbalan Pendaftar Bahagian Sumber Manusia UPSI Puan Azzah Binti Abdul Latiff, Timbalan Pendaftar Kanan Bahagian Governan UPSI Puan Maskana Binti Ahmad dan pegawai-pegawai dari Pejabat Pendaftar dan Bahagian Sumber Manusia kedua-dua Universiti.