#USMFIT MEMBUDAYAKAN AKTIVITI RIADAH

20180112 1
 
USM, PULAU PINANG, 16 Januari- “Ia pastinya bermula dengan kesedaran sebelum menjadi sesuatu yang dibudayakan secara harian kerana staf juga perlu sedar kepentingan menjaga kesihatan tubuh badan dari awal" ujar Dr Musa Ali, Pendaftar Universiti Sains Malaysia (USM).

Program #USMFIT ini akan dijadikan aktiviti mingguan bagi mengingatkan kakitangan USM betapa pentingnya untuk mengamalkan keseimbangan dalam pekerjaan. Program ini juga bertujuan untuk membudayakan penjagaan kesihatan melalui aktiviti sukan dan riadah yang berterusan.

Musa berkata #USMFIT ini dimulakan dengan Pejabat Pendaftar, seterusnya akan diteruskan oleh Ketua Jabatan lain dan akan dijadikan sebagai satu hashtag untuk dihebahkan di media sosial.
 
20180112 2
 
Program ini dimulakan dengan senamrobik bersama En. Mohd Noor Fakarruddin yang berkhidmat di Pusat Pengajian Fizik, seterusnya aktiviti Campus Walk bersama Pendaftar yang meliputi Canselori, Rumah Tetamu, Rumah Naib Canselor, Kanita, Anjung Budi, Water Tower, Pusat Bahasa dan Literasi dan kembali ke Canselori. 
 
Turut sama membantu menyelaraskan program ini adalah Jabatan Keselamatan, Pusat Sukan dan Pusat Sejahtera.