USM KEHILANGAN SASTERAWAN NEGARA

20171226

PULAU PINANG, 26 Disember 2017 – Seluruh warga Universiti Sains Malaysia (USM) melahirkan rasa sedih atas kehilangan sasterawan negara yang juga penerima Profesor Emeritus USM pada tahun 1993, Dato' Haji Shahnon Ahmad pagi ini.PULAU PINANG, 26 Disember 2017 – Seluruh warga Universiti Sains Malaysia (USM) melahirkan rasa sedih atas kehilangan sasterawan negara yang juga penerima Profesor Emeritus USM pada tahun 1993, Dato' Haji Shahnon Ahmad pagi ini.

Allahyarham Shahnon menghembuskan nafas terakhir pada kira-kira jam 8.00 pagi ini di Hospital KPJ Kajang, Selangor pada usia 84 tahun.

Allahyarham yang dilahirkan pada tahun 1933 di Sik, Kedah juga adalah mantan Dekan Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan (Januari 1979 – September 1982) serta Pengarah Pusat Islam USM.

Pemegang gelaran Sasterawan Negara sejak tahun 1982 tersebut sangat minat dalam bidang penulisan termasuk cerpen, novel, esei dan kritikan serta terjemahan buku-buku Bahasa Rusia.

Untuk rekod, Allahyarham Shahnon pernah mengajar di Maktab Sultan Abdul Hamid (1960-1963) dan di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Abdul Halim (1967). Pada tahun 1968, allahyarham menjadi pegawai penyelidik di Australian National University (ANU), Canberra, Australia dan menyambung pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda (1971).

Sesungguhnya Allahyarham Shahnon telah banyak memberi sumbangan daripada bakat kreatif dan minatnya yang mendalam dalam penulisan kepada perkembangan dunia sastera. Jasa dan sumbangan allahyarham pastinya akan sentiasa dikenang sepanjang masa.

Teks: Nor Rafizah Md. Zain / Infografik: Ebrahim Abdul Manan