USM KERAH BRIGED SUKARELAWAN TERAJUI MISI BANTUAN TRAGEDI BANJIR PULAU PINANG

20171108

USM, PULAU PINANG, 8 November 2017 - Kor Sukarelawan Siswa Universiti Sains Malaysia (USM) telah mengerahkan brigednya untuk turut serta membantu membersihkan kawasan-kawasan terjejas di sekitar Pulau Pinang akibat tragedi banjir besar yang melanda baru-baru ini.USM, PULAU PINANG, 8 November 2017 - Kor Sukarelawan Siswa Universiti Sains Malaysia (USM) telah mengerahkan brigednya untuk turut serta membantu membersihkan kawasan-kawasan terjejas di sekitar Pulau Pinang akibat tragedi banjir besar yang melanda baru-baru ini. 
Menurut Penyelaras Kor Sukarelawan Siswa USM, Zulkifli Che Hussin, USM bakal merancang untuk bertindak sebagai pusat koordinasi untuk penempatan dan pemusatan arahan bagi sukarelawan siswa dari Universiti Awam (UA) lain yang ingin turut serta.

“USM juga akan menyediakan kemudahan penginapan, membantu menentukan kawasan untuk dimasuki Oleh UA dan menjadi perantara Sukarelawan UA dan pihak JKKK atau Ketua operasi di Pulau Pinang.

“Kita di USM sentiasa bersedia untuk membantu serta bersiap-siaga dalam apa jua bentuk bencana yang melanda untuk menghantar sukarelawan untuk membantu dan bersedia menghantar bantuan yang diperlukan bagi mengurangkan beban rakyat,” kata Pegawai Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni (BHEPA) itu.

Tambahnya, hingga kini lokasi yang telah dibantu dan bakal dibantu adalah di Seberang Perai iaitu mengagihkan bantal dan tilam, Ayer Hitam di bahagian Pulau iaitu pencucian kawasan terjejas dan dijangkakan sukarelawanan dari golongan staf USM juga akan turut serta kelak di lokasi-lokasi lain yang terjejas.

Seramai lebih 100 orang sukarelawan dari golongan siswa USM telah terlibat dalam misi ini dan dijangka jumlah sukarelawan akan terus meningkat dari semasa ke semasa.

Teks: Hafiz Meah Ghouse Meah / Foto: Zulkifli Che Hussin