WARGA USM DINASIHATKAN BERHATI-HATI DALAM MUSIM CUACA BURUK

PULAU PINANG, 5 November 2017 – Warga Universiti Sains Malaysia (USM), pelajar dan staf, dinasihatkan untuk berhati-hati dalam musim cuaca buruk yang melanda Pulau Pinang.PULAU PINANG, 5 November 2017 – Warga Universiti Sains Malaysia (USM), pelajar dan staf, dinasihatkan untuk berhati-hati dalam musim cuaca buruk yang melanda Pulau Pinang.

Naib Canselor, Profesor Datuk Dr. Asma Ismail berkata, USM sejak semalam, telah mula memantau dan mengambil pelbagai langkah pencegahan dan pembaikan agar keselamatan pelajar dan staf tidak terjejas.

USM juga telah mengambil langkah siap siaga dan mengaktifkan Bilik Gerakan Banjir USM bagi mengumpul laporan, memantau dan mengambil tindakan bagi kes-kes yang berlaku di dalam kampus ataupun yang melibatkan warganya.

Bilik Gerakan Banjir USM di Bangunan H20, BHEPA boleh dihubungi menerusi talian: 04-653 6137.