YDP MPP SERU HARGAI PENGALAMAN DI MENARA GADING

20170906a1

PULAU PINANG, 6 September 2017 - Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Sidang Akademik 2016/2017, Mohd Hazim Abdul Manaf hari ini menyeru semua pelajar baharu agar menghargai pengalaman serta menikmati kehidupan yang indah sebagai seorang mahasiswa di Universiti Sains Malaysia (USM).

Mohd Hazim berkata demikian ketika menyampaikan ucapan di Majlis Sambutan Siswa baharu USM di hadapan lebih 2,800 orang pelajar baharu di Kampus Induk dan pengurusan tertinggi USM.

20170906b1

20170906c1

Mohd Hazim juga menerangkan serba sedikit peranan MPP dalam memartabatkan pelbagai aktiviti termasuk kesukarelawanan, keusahawanan dan kebajikan serta memberi fokus kepada program-program kemahiran untuk membentuk pelajar USM supaya bersedia untuk menjadi ‘produk berjenama antarabangsa’ atau Global Brand.

“Ayuh semua, warisilah semangat perjuangan dan budaya menimba ilmu daripada generasi kita sebelum ini untuk menjamin kelestarian pada hari esok,” kata Mohd Hazim.

20170906d1

20170906e1

Pada majlis yang sama, Naib Canselor USM, Profesor Datuk Dr. Asma Ismail menyampaikan amanat kepada pelajar baharu termasuk penerangan mengenai status terkini Menara Ilmu ini serta hala tuju pada masa hadapan bagi menjadikan USM sebagai sebuah universiti yang Relevant, Referred dan Respected.

Teks: Nor Rafizah Md Zain / Foto: Mohd Fairus Md Isa