PELAJAR BAHARU USM SEMARAKKAN MERDEKA

20170906a

PULAU PINANG, 6 September 2017 - Pelajar baharu Universiti Sains Malaysua (USM) membangkitkan semangat patriotisme dengan pelbagai formasi menarik melalui nyanyian lagu-lagu patriotik yang bergema di Dewan Tuanku Syed Putra (DTSP), di sini semalam.

Sambutan kemerdekaan yang sederhana namun penuh bermakna itu dibuat bersempena Majlis Sambutan Siswa (MSS) Baharu USM bagi Sidang Akademik 2017/2018.

20170906b

Selain nyanyian, acara yang mencuri tumpuan ramai itu memperlihatkan lebih 2,800 pelajar turut berupaya melakukan alunan ombak dengan kibaran Jalur Gemilang, tarian dan sorakan ultras USM yang dibimbing oleh Pembimbing Pelajar Siswa Lestari (PPSL) USM.

20170906c

20170906d

Pengalaman mengujakan itu turut mendapat perhatian lebih 150 pelajar antarabangsa yang turut serta dalam MSS bagi mendengar dan mengikuti amanat oleh Naib Canselor, Profesor Datuk Dr. Asma Ismail.

20170906e

Acara yang menjadi kemuncak kepada MSS itu turut dihadiri barisan kepimpinan utama Universiti termasuk Ahli Lembaga Gabenor Universiti, Profesor Dato' Dr. Ahmad Shukri Mustapa Kamal; Timbalan Naib Canselor (TNC) Jaringan Industri dan Masyarakat, Profesor Dr. Abdul Rahman Mohamed; TNC Akademik dan Antarabangsa, Profesor Dr. Ahmad Farhan Mohd Sadullah dan sebagainya.

Teks: Marziana Mohamed Alias / Foto: Mohd Fairus Md Isa