CUTI UMUM PADA 4 SEPTEMBER 2017

20170831

Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa YAB Perdana Menteri telah bersetuju mengisytiharkan cuti umum pada 4 September 2017 (Isnin) sebagai menghargai pengorbanan para atlet negara dan semua pihak yang terlibat dalam Temasya Sukan SEA Ke-29, Kuala Lumpur 2017.

Sehubungan dengan itu, pihak Universiti telah bersetuju mengguna pakai cuti umum tersebut. Oleh itu, sukacita sekiranya makluman ini dapat dihebahkan kepada  staf universiti.

Walaubagaimanapun, aktiviti yang melibatkan pendaftaran pelajar baru akan diteruskan mengikut jadual asal.
Pihak Universiti memohon semua PTJ yang terlibat dengan aktiviti pelajar baru pada 4 September 2017, dapat memberi kerjasama supaya memastikan staf terlibat dapat hadir bertugas seperti biasa. Staf-staf yang terlibat boleh memohon cuti gantian setara dengan waktu bertugas pada 4 September 2017 untuk diambil pada waktu yang lain.

Sekian, terima kasih. 

'BERKHIDMAT UNTUK NEGARA' 

"Memastikan Kelestarian Hari Esok"

PROFESOR DATO' DR. HJ. ABD AZIZ TAJUDDINPENDAFTAR