PENTADBIR BERUPAYA LAKSANA PELAN STRATEGIK USM APEX

20170427d

BELUM, PERAK, 27 April 2017 - Para pentadbir berupaya untuk melaksanakan perancangan strategik universiti jika menggembleng pemikiran bersama.

Pendaftar USM Profesor Dato' Dr. Abd Aziz Tajuddin berkata, semua pentadbir perlu memahami pelan strategik universiti untuk melaksanakan pada peringkat jabatan.

20170427b

"Dengan mengetahui dan memahami hala tuju USM, maka dapat terjemahkan perancangan berkenaan.

"Jabatan Pendaftar sebagai nadi pentadbiran universiti perlu menjadi contoh melakukan perancangan strategik dan melaksanakannya," kata beliau.

Berucap merasmikan Makmal Pelan Strategik Jabatan Pendaftar di sini, beliau meminta agar usaha membangunkan kapasiti bakat yang ada bagi kesinambungan masa hadapan dibuat.

Hal ini penting dalam pembangunan bakat masa hadapan untuk pelan penggantian yang perlu dilakukan secara berstrategik selaras dengan hala tuju universiti.

Jelas beliau, sebahagian besar usaha telah dibuat untuk menjajarkan dasar pendidikan tinggi PPPM PT dengan perancangan operasi sedia ada.

"Usaha perlu diteruskan dengan merealisasikan dasar yang ada dalam pembangunan pelajar, akademik, tadbir urus (governan) dan bakat," tegas beliau.

Tambah beliau usaha juga sedang dibuat dalam mentransformasikan bakat secara keseluruhan melalui Pusat Transformasi Insan.

Seramai kira-kira 40 orang pegawai menghadiri makmal tiga hari anjuran Bahagian Sumber Manusia Jabatan Pendaftar. Hadir sama sebagai fasilitator ialah Pengarah Bahagian Sumber Manusia dan Pengarah Pusat Inovasi dan Produktiviti Perkhidmatan Awam (PIPPA) Dr. Musa Hj. Ali.

Teks: Mohamad Abdullah