TAHNIAH SEMUA PENERIMA APC USM 2016

20170410 01

11 April 2017 - Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Datuk Dr. Asma Ismail mengucapkan tahniah dan syabas kepada 381 staf yang menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2016 di Majlis Penghargaan Universiti di Hotel Vistana, Pulau Pinang.

APC adalah tanda penghargaan Universiti kepada staf yang telah mencurahkan khidmat bakti yang cemerlang kepada USM yang tercinta.

Seramai 276 penerima adalah dari Kampus Induk, 61 dari Kampus Kejuruteraan dan 44 dari Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT) dari pelbagai gred jawatan dan skim.

20170410 02

Pada majlis yang sama, Naib Canselor turut melancarkan sebuah sistem yang dibangunkan bersama oleh Jabatan Pembangunan di ketiga-tiga kampus, Bahagian Sumber Manusia serta PPKT-IPPT iaitu Sistem Pengurusan Pengangkutan Universiti (SPPU) USM.

20170410 03

Sistem ini dapat memantau tempahan kenderaan dan pemandu secara lebih sistematik merentasi ketiga-tiga kampus dan boleh digunakan sepenuhnya bermula 15 April 2017.

Teks: Nor Rafizah Md. Zain