• 133

  • 132

  • 131

  • 130

  • 128

  • 40

PEJABAT PENDAFTAR

PENGENALAN

JABATAN PENDAFTAR SEBAGAI MODEL RUJUKAN

Komitmen kepada budaya kerja yang cekap dan berkesan melalui penambahbaikan yang berterusan telah menjadikan Jabatan Pendaftar sebagai tempat rujukan universiti dan agensi luar dari seluruh negara.  Kecemerlangan dan kualiti perkhidmatan ini telah terbukti dan sering dijadikan contoh sebagai sebuah institusi yang terus memimpin dan menginovasi agensi lain ke arah kecemerlangan.

TADBIR URUS YANG CEKAP

Pejabat Pendaftar telah melaksanakan proses penyampaian perkhidmatan secara berkesan untuk menepati petunjuk prestasi utama yang telah ditetapkan oleh universiti. Sehubungan itu, kualiti dan kecemerlangan tadbir urus yang baik sentiasa diberi keutamaan dan perhatian supaya dapat memberikan kepuasan hati kepada pelanggan.  Proses kerja yang jelas dan berstruktur dan penambahbaikan secara berterusan telah dibuat untuk mengurangkan aduan negatif yang sama supaya tidak berulang.

Pejabat Pendaftar sentiasa membuat penambahbaikan secara berterusan fungsi utama seksyen-seksyen yang ada supaya sentiasa releven dan memberikan pulangan yang terbaik kepada kualiti perkhidmatan dan pentadbiran.

 

PERANAN & FUNGSI

PERANAN & FUNGSI

   1.   Pentadbiran 
 
    • Dasar dan Governan Pendaftar
    • Urusan Pelantikan Timbalan Naib Canselor (TNC) USM
    • Urusan Pelantikan Pentadbiran (Pengarah Kampus/Penyelaras/Ketua Jabatan/Penggawa/Penolong Penggawa/Pengerusi Rancangan/Pengurus Program)
    • Urusan Pelantikan Ahli Jawatankuasa Pengurusan Pusat Pengajian/Pusat
    • Mesyuarat Lembaga Gabenor USM (LGU)
    • Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Operasi USM (JKPO)
    • Mesyuarat Exco Pendaftar
    • Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Universiti (JKPU)
   2.   Pengurusan Operasi Jabatan
 
    • Hebahan Pendaftar & Pekeliling Pendaftar
    • Pengurusan Mel Sentral
    • Pengurusan Kenderaan Jabatan
    • Penyediaan Laporan Tahunan Jabatan Pendaftar
    • Penyelaras Latihan Warga Jabatan Pendaftar
   3.   Pengurusan Kewangan & Aset
 
    • Mentadbir & mengawal hal ehwal kewangan Jabatan
    • Mentadbir dan mengurus perolehan, sebutharga dan tender Jabatan termasuk waran penerbangan
    • Mengawal aset & harta jabatan termasuk inventori, audit dan verifikasi stok
    • Mentadbir dan menyelenggara akaun serta laporan kewangan Jabatan
    • Menyedia belanjawan tahunan dan jangka panjang serta permohonan peruntukan tambahan
    • Mentadbir tabung enterprise  termasuk pelan pembangunan
    • Mentadbir bil-bil telekomunikasi termasuk bayaran dan kutipan
    • Pengurusan Audit Kewangan dan Aset

DIREKTORI

DIREKTORI PEJABAT PENDAFTAR

   1.   Pengurusan Utama
 
    • Profesor Dato' Dr. Abd Aziz Bin Tajuddin
      PENDAFTAR
      04-6533111
      draat@usm.my  

    • Puan Nooriezhan Binti Lahazan
      Setiausaha Eksekutif Kanan
      04-6533111
      nooriezhan@usm.my 

   2.   Pentadbiran & Operasi
 
    • Puan Nurul Nur Farhana Binti Yahya
      Penolong Pendaftar
      04-6532418
      farhana@usm.my

    • Encik Zulkipli Bin Mat
      Penolong Pegawai Tadbir Kanan
      04-6532416
      zulkipli@usm.my 

 
   3.   Operasi
 
    • Pengurusan Mel Sentral - 04-6533034/2410

    • Pengurusan Kenderaan Jabatan - 04-6533007

Berita & Informasi

USM NAIB JOHAN PERARAKAN HARI KEBANGSAAN PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG 2017

USM NAIB JOHAN PERARAKAN HARI KEBANGSAAN PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG 2017

PULAU PINANG, 16 September 2017 - Kontingen Universiti Sains Malaysia (USM) menceriakan warga USM apabila mendapat naib johan dalam perarakan Hari Kebangsaan peringkat Negeri Pulau Pinang 2017 kategori institusi pendidikan...

USM TERSENARAI ANTARA 1,000 UNIVERSITI TERBAIK DUNIA OLEH THEUSM TERSENARAI ANTARA 1,000 UNIVERSITI TERBAIK DUNIA OLEH THE

PULAU PINANG, 7 September 2017 – Universiti Sains Malaysia (USM) kekal tersenarai antara 1,000 Universiti terbaik di dunia berdasarkan Penarafan Universiti Dunia 2018 (World University Rankings, WUR 2018) yang diumumkan...

MUHAMMAD KHALIS IRFAN PIMPIN BACAAN IKRAR PELAJAR BAHARU

MUHAMMAD KHALIS IRFAN PIMPIN BACAAN IKRAR PELAJAR BAHARU

PULAU PINANG, 6 September 2017 – Pelajar baharu dari Pusat Pengajian Komunikasi (PPK) Universiti Sains Malaysia (USM) Muhammad Khalis Irfan Khobil dipilih memimpin bacaan ikrar pelajar baharu di sini semalam....

YDP MPP SERU HARGAI PENGALAMAN DI MENARA GADING

YDP MPP SERU HARGAI PENGALAMAN DI MENARA GADING

PULAU PINANG, 6 September 2017 - Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Sidang Akademik 2016/2017, Mohd Hazim Abdul Manaf hari ini menyeru semua pelajar baharu agar menghargai pengalaman serta menikmati...

PELAJAR BAHARU USM SEMARAKKAN MERDEKA

PELAJAR BAHARU USM SEMARAKKAN MERDEKA

PULAU PINANG, 6 September 2017 - Pelajar baharu Universiti Sains Malaysua (USM) membangkitkan semangat patriotisme dengan pelbagai formasi menarik melalui nyanyian lagu-lagu patriotik yang bergema di Dewan Tuanku Syed Putra...

MAHAVITHIA MINAT MENGARANG SAJAK

MAHAVITHIA MINAT MENGARANG SAJAK

PULAU PINANG, 5 Sept 2017 – Pelajar baharu Universiti Sains Malaysia (USM) Mahavithia Arumugam minat mengarang sajak dalam Bahasa Malaysia sejak di bangku sekolah lagi. Mahavithia yang buta sebelah mata...

3,931 MENDAFTAR MASUK KE MENARA ILMU

3,931 MENDAFTAR MASUK KE MENARA ILMU

Universiti Sains Malaysia (USM) hari ini menerima pendaftaran pelajar baharu untuk Sidang Akademik 2017/2018 yang berlangsung meriah hari ini di kampus induk dan kampus kejuruteraan. Bagi Sidang ini, USM menerima...

SEDIA BERKORBAN MEMELIHARA KESUCIAN AGAMA DAN NEGARA

SEDIA BERKORBAN MEMELIHARA KESUCIAN AGAMA DAN NEGARA

PULAU PINANG, 1 September 2017 – Menjadi tanggungjawab setiap rakyat Malaysia agar sedia berkorban di dalam diri termasuk harta, tenaga mahupun perasaan demi memelihara kesucian agama dan kemerdekaan negara. Atas...

eplannerkonvoPohonstedstkeRecruITstoranfailixICON DIREKTORI emelxICON CAMPUS ONLINE