• BERITA
  • Artikel
  • USM UMUM SENARAI PELANTIKAN BAHARU BAGI 2021

USM UMUM SENARAI PELANTIKAN BAHARU BAGI 2021

USM, PULAU PINANG, 31 Disember 2020 – Universiti Sains Malaysia (USM) mengumumkan senarai pelantikan baharu ketua Pusat Tanggungjawab (PTJ) merangkumi beberapa jawatan pengurusan tertinggi universiti, dekan dan timbalan dekan pusat pengajian serta pengarah pusat perkhidmatan dan strategik universiti.

Dalam senarai yang dikeluarkan oleh Pejabat Naib Canselor USM, terdapat beberapa muka baharu menerajui jawatan ketua jabatan tersebut dan juga kembalinya seorang dua muka lama yang telah banyak menyumbang kepada pembangunan universiti dalam kapasiti jawatan ketua jabatan bagi PTJ lain sebelum ini.

Terlebih dahulu pihak Universiti mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Dr. Musa Hj. Ali yang disambung pelantikan sebagai Pendaftar USM untuk tiga tahun lagi, berkuatkuasa mulai 1 Januari 2021 hingga 31 Disember 2023.

Mantan Dekan Pusat Pengajian Siswazah Perniagaan (GSB) USM dan mantan Pengarah Pusat Islam USM yang juga pernah memegang jawatan Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Penyelidikan) di DRB-Hicom University, Profesor Dr. Sofri Yahya dilantik sebagai Ombudsman kedua USM untuk tempoh 3 tahun (1 Januari 2021 – 31 Disember 2023) menggantikan Dato' Seri Dr. Md Salleh Yaapar.

Institut Pengajian Siswazah (IPS) USM turut mendapat Dekan baharu, iaitu Profesor Dr. Azlan Abdul Aziz, yang sebelum ini menyandang jawatan Dekan Pusat Pengajian Sains Fizik.

Pelantikan barisan kepimpinan baharu itu juga menunjukkan kepercayaan pihak universiti kepada mereka termasuk pemimpin pelapis muda untuk mendukung visi dan misi universiti ke arah membawa USM ke hadapan lagi serta menghadapi cabaran besar pendidikan tinggi yang dibawa oleh pandemik Covid-19.

Pihak Universiti turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada mantan-mantan ketua PTJ atas jasa bakti dan sumbangan tidak terhingga yang dicurahkan selama memegang jawatan kepimpinan masing-masing.

Berikut ialah senarai lengkap pelantikan baharu seperti yang diumumkan oleh Pejabat Naib Canselor pada 16 Disember 2020.

20201231 0220201231 03

Semua warga USM diseru untuk memberi sokongan dan kerjasama yang terbaik kepada barisan kepimpinan baharu tersebut untuk bersama-sama mempertingkatkan lagi imej dan prestasi keseluruhan universiti.

Teks: Tan Ewe Hoe