• BERITA
  • Artikel
  • PENANGGUHAN KEMASUKAN SEMUA PELAJAR DARI SABAH DAN ZON MERAH COVID-19 NEGERI-NEGERI LAIN KE UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

PENANGGUHAN KEMASUKAN SEMUA PELAJAR DARI SABAH DAN ZON MERAH COVID-19 NEGERI-NEGERI LAIN KE UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

KENYATAAN RASMI

[Versi 6.1 – 29 September 2020]

PENANGGUHAN KEMASUKAN SEMUA PELAJAR DARI SABAH DAN ZON MERAH COVID-19 NEGERI-NEGERI LAIN KE UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

Semua pelajar Universiti Sains Malaysia (USM) yang datang dari negeri Sabah (zon merah atau tidak) serta pelajar-pelajar yang datang dari zon merah negeri-negeri lain disaran MENANGGUHKAN perjalanan balik ke kampus memandangkan penempatan kuarantin di dalam kampus sangat terhad.

Para pelajar ini sebaliknya boleh mengikuti pengajian secara dalam talian.

Pelajar baharu (selain dari Sabah atau zon merah negeri-negeri lain) boleh mendaftarkan diri pada 2, 3 dan 4 Oktober 2020 secara pandu lalu. Manakala pelajar baharu dari Sabah atau zon merah negeri-negeri lain boleh mendaftarkan diri pada 5 Oktober 2020 secara dalam talian melalui laman web pohon.usm.my atau aplikasi Hebat@USM (android). Semua pelajar diminta mematuhi panduan pentadbiran dan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh universiti.

20200929 01

Pelajar senior (selain dari Sabah atau zon merah negeri-negeri lain) boleh mendaftar kursus secara dalam talian mengikut jadual yang ditetapkan dan dibenarkan masuk kampus mulai 9 Oktober 2020.

Semua pelajar perlu membuat deklarasi kesihatan secara dalam talian tiga hari sebelum datang ke kampus.

Hanya ibu bapa dan pelajardibenarkan datang dengan kenderaan yang akan mendaftar secara pandu lalu dan hanya pelajar yang dibenarkan turun bersama bagasi dan barangannya. Ibu bapa tidak dibenarkan sama sekali turun dari kenderaan.

Pelajar akan melalui saringan COVID-19 dan jika ada yang bergejala, mereka diminta menjalani saringan di Pusat Sejahtera/Klinik Kesihatan USM. Pelajar yang disahkan bergejala COVID-19 akan dikuarantinkan di dalam kampus.

Bagi semua pelajar dari Sabah dan zon merah negeri-negeri lain, mereka boleh kembali ke kampus apabila Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) membuat pengumuman rasmi tentang status kawasan-kawasan tersebut.

Untuk pendaftaran secara dalam talian, SOP berkenaan perkara tersebut akan dimaklumkan dalam masa terdekat.

Untuk pelajar (bukan dari Sabah dan zon merah) yang membuat pendaftaran diri secara pandu lalu, mohon rujuk kepada PANDUAN PENTADBIRAN KEMASUKAN PELAJAR KAMPUS INDUK UNIVERSITI SAINS MALAYSIA SIDANG AKADEMIK 2020/2021, pada pautan/link berikut:

http://bit.ly/SOP_KemasukanPelajarUSM 

Pelajar senior boleh menghubungi Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni (BHEPA) untuk maklumat lanjut.

Maklumat lanjut berkenaan urusan pendaftaran pelajar baharu, boleh menghubungi talian seperti di bawah:

Unit Pengambilan Pelajar, Bahagian Pengurusan Akademik, Jabatan Pendaftar di talian 1 300 888 876 / 04-653 3196 / 4663 / 3425 / 2688 atau emel This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it., atau Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni (BHEPA) di talian 04-653 3106 / 5825 / 5823 / 3482.