• BERITA
  • Artikel
  • TYT NEGERI MELAKA TERIMA KUNJUNGAN HORMAT DELEGASI USM

TYT NEGERI MELAKA TERIMA KUNJUNGAN HORMAT DELEGASI USM

20200901 01

AYER KEROH, 1 September 2020 – Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri (Dr.) Haji Mohd Ali Mohd Rustam yang juga merupakan alumni Universiti Sains Malaysia (USM) menerima kunjungan hormat daripada delegasi USM di Pejabat Tuan Yang Terutama Negeri Melaka, hari ini.

Delegasi USM diketuai oleh Pengerusi Lembaga Gabenor Universiti (LGU) yang baharu dilantik, Dato’ Dr. Awang Adek Hussin; Naib Canselor, Profesor Dr. Faisal Rafiq Mahamd Adikan dan Pendaftar Dr. Musa Ali.

Pada sesi tersebut, selain Tun diperkenalkan kepada Pengerusi LGU yang baharu dilantik dan Naib Canselor, pelbagai perkara lain telah dibincangkan berkenaan dengan kerjasama di antara negeri Melaka dan USM.

Tun merupakan Yang di-Pertua Negeri Melaka yang Ketujuh setelah mengambil alih jawatan ini daripada Tun Datuk Seri Utama Dr. Mohd Khalil Yaakob yang telah berkhidmat selama 16 tahun sejak 2004 dan paling manis Tun juga adalah alumni USM tahun 1984 (kepujian) dalam bidang pengajian Sains Kemasyarakatan.

20200901 02

Di akhir sesi kunjungan itu, pihak USM telah mengadakan acara memotong kek sebagai ucapan hari jadi baru-baru ini dan tahniah atas pelantikan Tun sebagai TYT Negeri Melaka.

20200901 03

Seluruh warga USM turut mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Tun di atas pelantikan sebagai TYT Negeri Melaka berkuatkuasa pada 4 Jun 2020 dan memohon kehadrat Allah SWT agar Tun sentiasa berada dalam rahmat kesihatan dan kesejahteraan.

20200901 04

Teks: Hafiz Meah Bin Ghouse Meah/Foto: Ebrahim Abdul Manan