• BERITA
  • Artikel
  • NC GESA DPP MATANG HADAPI CABARAN GLOBAL TERKINI

NC GESA DPP MATANG HADAPI CABARAN GLOBAL TERKINI

USM PULAU PINANG, 14 Mac 2020 – Dewan Perundingan Pelajar Universiti Sains Malaysia (USM) hari ini meneruskan mesyuarat siri pertama bagi sidang akademik 2019/2020 di Dewan Persidangan Universiti dengan dihadiri oleh Naib Canselornya, Profesor Dr. Faisal Rafiq Mahamd Adikan.

Menurutnya, sejak beliau menerajui USM hingga ke hari ini, beliau mendapati Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) USM adalah sebuah entiti yang matang dari aspek yang objektif.

“Sebagai seorang pemimpin apabila anda keluar dari USM, jadilah seorang pemimpin yang adil dan membuat keputusan secara objektif,” tegasnya ketika memberi ucapan ketika Mesyuarat Dewan Perundingan Pelajar USM Siri 1, Sidang Akademik 2019/2020.

20200314 01

Tambahnya lagi, walaupun USM menghadapai kekangan kewangan pada tahun 2020 ini, pihak tertinggi tetap akan memperuntukkan sumber kewangan pelajar bagi program pertukaran pelajar, menaiktaraf desasiswa-desasiswa, dan latihan amali awal sekurang-kurangnya 6 bulan.

“USM turut akan memberi fokus kepada kebolehpasaran graduannya walaupun data menunjukkan 9 daripada 10 graduan akan memperoleh pekerjaan seawal 6 bulan pertama selepas graduasi, tetapi USM mahu pekerjaan itu adalah bidang yang dipelajari pelajar ketika di USM dan memperoleh pekerjaan seawal dalam bulan pertama selepas graduasi dengan peratusan sebanyak 50%,” ujarnya.

Sesi turut menyaksikan penyarungan jubah oleh Naib Canselor kepada Speaker, Timbalan Speaker dan Setiausaha dewan.

20200314 02

Sementara itu, dewan yang bersidang hari ini menyaksikan 17 usul yang dibawa dan dibahaskan dan yang mendapat perhatian adalah berkaitan usul menangani COVID-19 dan tuntutan yang disertakan.

Turut hadir ialah Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni (HEPA), Profesor Dr. Aldrin Abdullah dan Timbalan Pendaftar Kanan BHEPA, Mohamad Abdullah.

20200314 03

Teks: Hafiz Meah Ghouse Meah/Foto: Ebrahim Abdul Manan & Shahnizam Ab Rahim