• BERITA
  • Artikel
  • MANTAN NC USM KE-6 KUNJUNG HORMAT NC USM KE-8

MANTAN NC USM KE-6 KUNJUNG HORMAT NC USM KE-8

USM PULAU PINANG, 12 Februari 2020 – Mantan Naib Canselor ke-6 Universiti Sains Malaysia (USM) yang merupakan Naib Canselor DRB-Hicom University of Automotive Malaysia, Profesor Dato’ Sr. Dr. Omar Osman hari ini mengadakan kunjungan hormat dan perjumpaan pertama ke atas Naib Canselor USM, Profesor Dr. Faisal Rafiq Mahamd Adikan di pejabatnya.

20200212 02

Dalam sesi ringkas di Pejabat Naib Canselor USM itu, pelbagai perkara dibincangkan antara dua institusi ini untuk masa hadapan dalam bidang yang berkaitan.

Delegasi daripada DRB-Hicom University of Automotive Malaysia turut disertai oleh Dekan/Ketua School of Advanced and Distance Learning (SADLe)/Academia, Industry and Support Services (AISS) Ir. Hj. Shamil Bin Hj. Abu Hassan dan pegawai khas Naib Canselor Abdul Syafiq Ramlan manakala USM disertai Pendaftarnya, Dr. Hj Musa Ali.

20200212 01

Omar Osman merupakan pensyarah daripada Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan dan Perancangan (HBP) USM dan pernah memegang jawatan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pembangunan Pelajar pada tahun 2007 hingga 2011 sebelum memegang jawatan Naib Canselor USM daripada tahun 2011 hingga 2016 dan merupakan anak jati Pulau Pinang.

20200212 03

Teks: Hafiz Meah Ghouse Meah/Foto: Ebrahim Abdul Manan