• BERITA
  • Artikel
  • “KAMI PRIHATIN KAMI BERKONGSI” BANTU GOLONGAN ASNAF

“KAMI PRIHATIN KAMI BERKONGSI” BANTU GOLONGAN ASNAF

20191112b

PULAU PINANG, 12 November 2019 – Golongan asnaf Universiti Sains Malaysia (USM) yang terdiri daripada pelajar dan staf serta ahli qaryah menerima sumbangan sempena program “Kami Prihatin Kami Berkongsi” yang dijalankan pada hari ini.

Program ini yang turut dinamakan Jalinan Kasih AKRAB Care 2019 dianjurkan oleh ahli AKRAB Care@USM Jabatan Pendaftar USM dengan kerjasama Zakat Pulau Pinang (ZPP), Kolej Komuniti Bayan Baru (KKBB) dan Pejabat Zakat, Wakaf dan Infaq (ZAWAIN) USM.

Menurut Pendaftar USM, Dr. Musa Ali, inisiatif yang dijalankan adalah sesuatu yang baik serta dapat memberikan impak yang besar kepada golongan asnaf.

20191112a

“Keprihatinan kepada golongan asnaf ini adalah sangat bertepatan dengan misi USM iaitu Mentransformasikan Pendidikan Tinggi untuk Kelestarian Hari Esok,” tambah Musa.

“ZPP sentiasa memberikan sokongan sepenuhnya dalam program-program bersama komuniti serta membantu golongan asnaf,” kata Ketua Pegawai Eksekutif ZPP, Amran Hazali ketika merasmikan program berkenaan.

Di samping itu, ZPP juga berhasrat melahirkan pembayar zakat dalam kalangan asnaf yang berjaya keluar dari kepompong kemiskinan serta memulakan kerjaya dalam bidang perniagaan.

20191112c

ada majlis yang sama, turut diadakan ialah penyampaian sumbangan berbentuk makanan kepada golongan asnaf yang terdiri daripada staf, pelajar dan wakil komuniti setempat.

Selain itu, golongan ini diajar dua jenis resipi oleh tenaga pengajar dari KKBB serta sesi perkongsian Fikir Bijak! Terus Bertindak! yang dikendalikan oleh ahli AKRAB Care.

20191112d

20191112e

Hadir sama ialah Pengarah KKBB, Hajaratul Ahmad; Pengarah ZAWAIN USM, Rohayati Daud; ahli AKRAB Care@USM, serta tenaga pengajar KKBB.

Teks: Nor Rafizah Md Zain/Foto:Mohd Fairus Md Isa