• BERITA
  • Artikel
  • DUA RATU MEMANAH NEGARA TERIMA IJAZAH SARJANA DAN DOKTOR FALSAFAH DARIPADA USM

DUA RATU MEMANAH NEGARA TERIMA IJAZAH SARJANA DAN DOKTOR FALSAFAH DARIPADA USM

20190925a

USM PULAU PINANG, 25 September 2019 – Dua idola memanah negara, Fatin Nurfatehah binti Mat Salleh dan Mon Redee A/P Sut Txi masing-masing menerima ijazah sarjana dan ijazah doktor falsafah di Upacara Konvokesyen ke-57 USM 2019.

Paling manis buat kedua-dua mereka, ianya dianugerahkan sempena sambutan 50 tahun USM yang diraikan pada tahun ini.

Fatin menerima ijazah Sarjana Sains Sukan, manakala Dr. Mon Redee menerima ijazah doktor falsafah.

Mon Redee merupakan jurulatih/rakan rapat kepada Fatin sepanjang penglibatannya dalam mengharumkan nama negara di dalam sukan memanah.

20190925b

Fatin merakamkan rasa terima kasih kepada kedua ibu bapanya yang sentiasa menyokong dan memberi dorongan sepanjang pengajiannya di USM.

“Bukan satu perjalanan yang mudah untuk berjaya dalam pelajaran dan pada masa yang sama untuk cemerlang dalam sukan,” katanya yang mula belajar di USM pada 2015.

Fatin turut berterima kasih kepada penyelianya, Dr. Hairul Hashim sepanjang pengajiannya di USM hingga mengecapi kejayaan ini beserta seluruh warga Pusat Pengajian Sains Perubatan.

Teks: Hafiz Meah Ghouse Meah