• BERITA
  • Artikel
  • JELAJAH 467KM DEMI SAMBUTAN ULANG-TAHUN KE-50 TAHUN USM

JELAJAH 467KM DEMI SAMBUTAN ULANG-TAHUN KE-50 TAHUN USM

20190823 01

Pasukan Berbasikal USM (USM Cycling Team) hari ini telah memulakan Program Jelajah Kampus sejauh 467KM dalam menyuburkan lagi semangat untuk sambutan ulang tahun ke 50 USM.

Dengan kekuatan seramai 11 orang yang diketuai oleh Pengarah Projek, Mohd Kamil Ashar, kumpulan ini memulakan jelajah dari Kampus Induk USM dan akan melalui check point di Kampus IPPT USM Bertam, seterusnya Kampus Kejuruteraan USM, Nibong Tebal hinggalah berakhir di Kampus Kesihatan USM di Kubang Kerian Kelantan yang mengambil masa selama 3 hari (23-25 Ogos 2019).

Terdahulu pelepasan jelajah ini telah disempurnakan oleh Pendaftar USM, Dr. Musa Hj Ali yang mewakili Naib Canselor USM dalam satu majlis ringkas di bangunan Canselori 1, USM yang turut dihadiri oleh Pengarah Kampus Kejuruteraan, Prof. Dr. Nor Azazi Zakaria, Bendahari USM, Dr. Rohayati Mohd Isa, Pengarah Pusat Islam Ustaz Mohammad Shukri Osman dan warga dari Canselori 1.

20190823 02

Sepanjang laluan dari sempadan Jeli ke USM Kubang Kerian Kelantan, peserta telah singgah menyampaikan sumbangan kebajikan dari warga universiti kepada beberapa penerima iaitu :

Penerima 1: Warga Emas

Pak Cik Yusoff bin Omar (72 Tahun)
Lot 1047-A Jln Kota Bharu, Batu 24 1/2
18500 Machang Kelantan.
Mengidap penyakit Parkinson

20190826 37

Penerima 2 : Remaja OKU

Adik Muhd Alif Akil bin Shaari (27 Tahun)
Kampung Batu 23 Labok
18500 Machang Kelantan.

Beliau terlibat dengan kemalangan pada tahun 2008 dan mengalami cacat kekal. Kecederaan teruk pada bahagian kepala sehingga menyebabkan tempurung kepala terpaksa di buang. Adik Alif mendapat rawatan sejak mula kemalangan sehingga kini di Hospital USM.

20190826 31

#welead  #usmstyle  #usm50  #cyclingteam  #GivingBackToSociety  #BringingHUMANITYBack

Sumber : https://www.facebook.com/USMOfficial1969 & https://www.facebook.com/khairuleruwan1981