• BERITA
  • Artikel
  • TEKS UCAPAN NAIB CANSELOR SEMPENA LAWATAN YB MENTERI PENDIDIKAN KE USM

TEKS UCAPAN NAIB CANSELOR SEMPENA LAWATAN YB MENTERI PENDIDIKAN KE USM

20190609

UCAPAN ALU-ALUAN

YBHG. PROFESOR DATUK DR. ASMA ISMAIL, FASc.

NAIB CANSELOR, UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

SEMPENA

PROGRAM LET'S GATHER WITH YB DR. MASZLEE MALIK, MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA

16 Mei 2019 (Khamis) I 2.00-5.00 petang IDewan Budaya, USM

Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera.

Salutasi

Terlebih dahulu, saya bagi pihak seluruh warga Universiti Sains Malaysia mengalu-alukan kedatangan Yang Berhormat Menteri ke kampus USM buat pertama kalinya sejak Yang Berhormat Menteri dilantik sebagai Menteri Pendidikan Malaysia ke-19 pada 21 Mei 2018. Satu lawatan yang telah lama kami tunggu.

Pada kesempatan ini bagi pihak USM, saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Menteri kerana telah menghampiri tempoh setahun memegang amanah untuk melakar lanskap pendidikan di negara ini yang kian mencabar.

Saya juga ingin mengalu-alukan kehadiran Profesor Dr. Mohd Cairul Iqbal Mohd Amin, Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Jabatan Pendidikan Tinggi serta seluruh delegasi Kementerian Pendidikan Malaysia yang turut hadir sama pada hari ini.

To YBM and his entourage from the Ministry of Education, welcome to the only APEX university in the country. A status given to us by MOE 11 years ago in 2008 to a university that emphasises on sustainability with the promise of making a difference to help the bottom billion. While others climb the rankings chart, we concentrate on values-driven academic programmes and perform research with soul, in order to create impact against the SDGs. As a Research University, our emphasis has always been in performing R&D with High Tech High Touch. Today we stand by our motto WE LEAD, for we are now the leading sustainability-led university in the country. Times Higher Education (THE) University impact rankings against SDGs has placed us at no 49 in the world while we are no 2 for providing quality education against SDG 4.

The USM Minden campus is considered as one of the most beautiful campuses in Malaysia. We are known as ‘The University in A Garden’ where no trees can be cut down without permission of the Vice-Chancellor, a tradition and policy handed down from Vice-Chancellor to Vice-Chancellor of USM.

Hadirin sekalian,

Tahun ini adalah tahun yang penuh bersejarah buat USM. Pada tahun ini, USM menyambut ulang tahunnya yang ke-50. Bermula dari sebuah universiti yang mempunyai 57 pelajar pada tahun 1969, USM telah berkembang pesat dan kini mempunyai lebih 32,000 pelajar (20,000 ijazah pertama/UG dan 10,000 ijazah tinggi/PG), 10,000 staff (di antaranya 2,000 kakitangan akademik) dan lebih 150,000 orang alumni dari lebih 73 buah negara di serata dunia.

Selepas 50 tahun, apa yang telah kita capai?

Berpegang teguh pada motto Kami MEMIMPIN atau We LEAD, USM sering dikatakan sebagai ‘the University of Many Firsts’, universiti yang sentiasa #syukur selalu dan melakukan inovasi serta cara kerja #USMstyle. Organisational culture inilah yang sentiasa dilihat sebagai inovasi hebat oleh orang luar tetapi adalah norma di USM. USM adalah yang pertama memperkenalkan kaedah pembelajaran jarak jauh (distance education) pada tahun 1971, juga yang pertama memperkenalkan pengambilan khas pelajar untuk warga kelainan upaya (OKU) dan juga pengambilan berteraskan bakat dan kemahiran (Warga Budaya dan Warga Sukan) sejak tahun 2008. Kami juga turut menjadi yang pertama memperkenalkan konsep pengambilan warga emas atas kepercayaan terhadap konsep Pembelajaran Sepanjang Hayat, lebih awal sebelum ianya diperkenalkan oleh UNESCO menerusi ‘SDG for 2030’. USM juga menerajui pembelajaran melalui micro-credentials dan sekarang berganding dengan UNESCO untuk menghasilkan Open Resource Education. Pengiktirafan pencapaian staf akademik melalui Anugerah Sanggar Sanjung USM telah menjadi landasan untuk wujudnya anugerah berprestij negara iaitu Anugerah Akademik Negara.

Pastinya juga USM adalah yang pertama membawa konsep kelestarian yang melihat dunia pendidikan jauh melangkaui hanya ukuran angka (KPI). Di universiti ini, kami imbangkan KPI dan KIP. USM turut menjadi Universiti peneraju yang menjuarai antara tujuh Pusat Kepakaran Serantau (Regional Centre of Expertise/RCE) yang pertama ditubuhkan di dunia menerusi penglibatan United Nations University (UNU) di Jepun berkaitan isu-isu kelestarian.

Experiential learning melalui libatsama komuniti atau community engagement adalah teras di USM. Sebagai universiti APEX yang berkiblat untuk menolong bottom billion, USM sentiasa menghasilkan projek untuk membantu meningkatkan sosio ekonomi masyarakat seperti ternakan tiram (oyster culture) dan penghasilan madu kelulut. Konsep translational research telah lama dibawa ke peringkat dunia melalui APUCEN atau Asia-Pacific University-Community Engagement Network yang diterajui oleh USM. APUCEN kini mempunyai penglibatan sebanyak 96 buah institusi daripada 20 buah negara, dan UNESCO pada tahun lepas telah mengiktirafkan USM as the ‘Preferred University for Community Engagement.’

Untuk tingkatkan hubungan universiti dengan industri, USM menjadi universiti awam pertama memperkenalkan konsep problem solving bagi industri dengan memulakan gerakan MAKERS yang sekarang menjadi agenda KPM di peringkat negara.

When we lead in community engagement, we believe in helping the needy by teaching them how to use the fishing rod and not just give them the fish. This is the concept of teaching independence and confidence to survive in the real world. Dengan berpaksikan pada konsep yang sama, USM baru-baru ini telah memperkenalkan Projek JORAN ataupun Job Opportunities Recruitment and Networking di kampus. We believe in changing the mindset of the students as part of their learning experience while in the university. It is better to teach the B40 students to be independent rather than always be dependent on people to help them when hungry or when in need. Di bawah projek JORAN, pelajar B40 dengan menggunakan Apps (yang mempunyai senarai kerja yang memerlukan khidmat mereka di dalam kampus) boleh mendapat kerja dan diberi bayaran setiap minggu. Usaha ini dapat melengkapkan keperluan pelajar B40 untuk mendapat wang tambahan bagi menyara kehidupan seharian mereka di universiti sambil dibantu melalui Food Bank serta Zakat dan Infaq.

Untuk menghadapi cabaran Industry 4.0, USM memupuk graduan yang digelar sebagai H.E.B.A.T. (Holistic, Entrepreneurial, Balanced, Articulate, Thinking) dan nilai ini diterap di Universiti agar setiap dari pelajarnya adalah seimbang antara akhlaq dan ilmu by design.

Nilai Unity in diversity juga dapat dilihat pada bulan Ramadan ini. Sudah menjadi tradisi di universiti ini untuk berkongsi ruang dan rezeki, dengan 'Program Iftar' yang telah dijalankan oleh Pusat Islam di semua kampus USM. Di USM Pulau Pinang, juadah berbuka puasa telah disediakan kepada lebih 2,300 orang pelajar dan staf dari pelbagai bangsa dari seluruh dunia saban hari. Sehingga kini, lebih 600,000 orang telah mendapat manfaat berbuka puasa sejak program ini mula diperkenalkan secara kecil-kecilan lebih 30 tahun dahulu. Semua ini dilakukan secara sukarela dengan bahan-bahan mentah yang diinfaqkan. Ia juga sebagai salah satu kaedah membentuk suasana ‘internationalisation at home’ dan seterusnya merealisasikan USM sebagai ‘Global Village’ melalui aktiviti tahunan ini. Ini juga adalah sebahagian daripada penerapan konsep ‘The Happiness Index’ yang telah mula diperkenalkan di Universiti ini sejak tahun 2017 lagi. Kami menjemput YBM dan semua dif kehormat untuk sama-sama berbuka puasa dengan warga USM pada Iftar Perdana petang ini di masjid USM.

Demikian usaha USM untuk menjadikan universiti ini sebagai The Preferred University kepada pemegang taruhnya (stakeholders). Sekali lagi saya mengucapkan jutaan terima kasih di atas kesudian Yang Berhormat Menteri Pendidikan Malaysia untuk bersama warga USM pada hari ini. Banyak yang kita boleh terus pelopori dan USM sentiasa terbuka dengan teguran atau pemikiran dan idea baru, demi mencapai pengalaman pendidikan terbaik bagi generasi muda yang bakal mewarisi dunia akan datang. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua warga pendidik, “Guru, Obor Hemah Menyinari Pertiwi”.

Sekian, wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Terima kasih.

Profesor Datuk Dr. Asma Ismail, FASc.

Naib Canselor USM