• BERITA
  • Artikel
  • TUANKU RAJA PERLIS BERKENAN TERIMA MENGADAP DELEGASI USM

TUANKU RAJA PERLIS BERKENAN TERIMA MENGADAP DELEGASI USM

20190120

ARAU, 20 Januari 2019 – DYMM Tuanku Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Al-Marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail merangkap Canselor Universiti Sains Malaysia (USM) berkenan menerima kunjungan mengadap oleh delegasi USM di Istana Arau, di sini baru-baru ini.

Turut berangkat mengiringi baginda ialah DYTM Tuanku Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail.

Delegasi USM diketuai oleh Pengerusi Lembaga Gabenor Universiti (LGU), Dr. Hari Narayanan P. Ondiveeran; ahli LGU yang baharu dilantik, Noor Azam Mohd Noor; Naib Canselor, Profesor Datuk Dr. Asma Ismail dan Pendaftar Dr. Musa Ali.

Pada majlis tersebut, baginda diperkenalkan kepada Pengerusi dan ahli LGU yang baharu dilantik, serta turut dmaklumkan mengenai perancangan USM yang bakal menyambut ulang tahunnya ke-50 selain memohon perkenan penetapan tarikh upacara konvokesyen komemoratif dan upacara konvokesyen ke-57 USM pada September ini.

Teks: Tan Ewe Hoe/Foto: Mohd Fairus Md. Isa