• BERITA
  • Artikel
  • PERKASA #USMFIT – USM ANJUR LARIAN “LED RUN 2018 ACE” DAN “LARIAN AMAL MAULIDUR RASUL 2018”

PERKASA #USMFIT – USM ANJUR LARIAN “LED RUN 2018 ACE” DAN “LARIAN AMAL MAULIDUR RASUL 2018”

20181105a

USM, PULAU PINANG, 5 November 2018 – Universiti Sains Malaysia (USM) akan menganjurkan 2 larian seperti butiran di bawah dalam usaha untuk terus memperkasakan #USMFIT dalam kalangan warganya serta masyarakat umum berdekatan.

Larian Amal Maulidur Rasul 2018 -- 24 November 2018 (Sabtu), 7.30 pagi, Masjid Al-Malik Khalid USM, Anjuran bersama: AJK Induk Program Maulidur Rasul USM, Pusat Islam, USAINS dan Utara Runnaz.

LED Run 2018 ACE -- 30 November 2018 (Jumaat), 8.30 malam - 11.00 malam, Kompleks Cahaya Siswa (KOMCA), Anjuran: Pusat Perhubungan Alumni, Kerjaya & Kebolehpasaran Graduan.

Kedua-dua larian berjarak 5km-7km ini adalah larian menggunakan laluan di dalam Kampus Induk USM yang merupakan laluan yang mempamerkan suasana kehijauan kampus di bukit Minden ini.

Larian turut berfokus sasaran untuk mempromosi #USMFIT yang merupakan satu agenda utama di USM yang telah digariskan oleh Naib Canselornya pada Perutusan Tahunan 2018 dengan matlamat mewujudkan warga USM yang membudayakan gaya hidup sihat dengan aktiviti bersukan.

20181105b

Selain itu, larian juga bertujuan untuk mengutip dana dan juga memperkasakan serta mengukuhkan ukhwah para peserta yang terlibat.

Untuk pendaftaran dan maklumat lanjut, Larian Amal Maulidur Rasul 2018 bolehlah menghubungi Ustaz Nukman (‪013-6282270), Ustaz Amirul (‪013-7444214) dan Famie (‪019-4091904) manakala LED Run bolehlah menghubungi Mohd Kasyfi (‪019-4400676), Sollehin (‪017-4075715) dan Syukran (‪010-4528292).

Teks: Hafiz Meah Ghouse Meah