• BERITA
  • Artikel
  • PERKHIDMATAN BAS RAPID PENANG KEPADA WARGA STAF KAMPUS INDUK USM

PERKHIDMATAN BAS RAPID PENANG KEPADA WARGA STAF KAMPUS INDUK USM

20180924

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA, 24 September 2018 - USM dengan kerjasama Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah melancarkan perkhidmatan bas perantara percuma Rapid Penang CAT pada 26 Julai 2018. Perkhidmatan Rapid Penang CAT adalah salah satu inisiatif bagi membantu mengurangkan kesesakan dan penggunaan kenderaan persendirian serta melancarkan pergerakan lalulintas di Kampus Induk, USM.

Sehubungan dengan itu, Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar sedang mengendalikan kajian untuk mengukur tahap kepuasan warga USM terhadap perkhidmatan Rapid Penang CAT. Sebanyak lima (5) buah bas perantara percuma Rapid Penang CAT telah beroperasi dengan laluan bermula dan berakhir di Padang Kawad USM.

Kerjasama dari anda semua sebagai pengguna perkhidmatan bas ini adalah dipohon agar dapat mengambil bahagian dengan menjawab soal selidik kajian secara atas talian melalui pautan berikut:  https://goo.gl/forms/TmQ8lTc7FyuHBG6X2

Sebarang pertanyaan boleh dimajukan kepada This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. atau di talian 04-653 6096.