• BERITA
  • Artikel
  • MAKMAL PELAN TINDAKAN KERANGKA KOMPETENSI USM, PERINGKAT KAMPUS KESIHATAN

MAKMAL PELAN TINDAKAN KERANGKA KOMPETENSI USM, PERINGKAT KAMPUS KESIHATAN

20180521 21
 
KUBANG KERIAN, 21 Mei 2018. Seramai 52 orang staf Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia telah bersama-sama dalam menjayakan Makmal Pelan Tindakan Kerangka Kompetensi USM. Makmal ini dimulakan di Kampus Kesihatan dan seterusnya akan dilangsungkan di Kampus Induk USM.
 
20180521 16
 
Makmal ini telah melibatkan tiga kumpulan berfokus, kumpulan pengurusan tertinggi, kumpulan pengurusan pertengahan dan kumpulan pelaksana. Ketiga-tiga kumpulan ini telah memberikan input berkenaan kompetensi teras yang akan dibina dalam Kerangka Kompetensi USM.
 
20180521 17
 
"Kerangka Kompetensi USM dibina dengan mengambil kira proses penerangan kepada staf, penerimaan maklum balas dan pandangan daripada kesemua kumpulan staf serta penjajaran dengan visi dan misi USM" kata Profesor Datuk Dr. Ahmad Yusoff Hassan, Pengerusi Bersama Jawatankuasa Pasukan Petugas Kerangka Kompetensi USM.
 
Majlis ini telah dihadiri oleh Pengarah Kampus Kesihatan USM dan Hospital USM, Profesor Dato' Dr. Ahmad Sukari Halim dan juga Pendaftar, Dr. Musa Ali yang juga Pengerusi Bersama Jawatankuasa Pasukan Petugas Kerangka Kompetensi USM.
 
"Kerangka Kompetensi USM dibina atas nilai-nilai seperti Appropriateness, Sustainability, Uniqueness dan Humanity bagi memastikan kompetensi yang dibina akan melahirkan staf yang bersifat memyeluruh" kata Dr. Musa Ali.
 20180521 18
 
20180521 19
 20180521 20
 
Makmal ini telah dikendalikan oleh 7 orang fasilitator yang mempunyai kepakaran dalam bidang pengurusan dan akademik di USM.
 
Berita oleh Shafiq Aziz