• AKTIVITI
  • USMFIT

USMFIT

usmfit setiapjumaat

Semua Warga Kampus
UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

"FIT IS A LIFESTYLE"

Jabatan Pendaftar menganjurkan Program FIT USM Bersama Pendaftar setiap Jumaat petang. Program ini dianjurkan sebagai usaha untuk menerapkan amalan gaya hidup sihat ke arah melahirkan individu yang cergas dan cerdas sekali gus mengamalkan budaya work-life balance.

Gaya hidup sihat perlu diamalkan secara konsisten dan warga kampus diseru agar prihatin terhadap keperluan beriadah, bersukan, melakukan aktiviti fizikal, menjaga amalan pemakanan, dan mempunyai rehat mencukupi.

Oleh itu, Program FIT USM Bersama Pendaftar akan diadakan setiap hari Jumaat jam 5.15 petang. Program ini akan dimulakan dengan aktiviti senamrobik dan USM Campus Walk.

Kehadiran tuan/puan untuk menjayakan program FIT USM bersama Pendaftar amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.