Konvokesyen
Tahniah kepada semua yang bakal tamat belajar dan layak berijazah pada tahun ini.
Untuk maklumat lanjut boleh diperolehi di laman web Konvokesyen USM, http://convo.usm.my. Namun, maklumat-maklumat berkaitan dengan tarikh KONVOKESYEN USM KE-56 masih belum diputuskan.
Di sini, kami sertakan kaedah untuk mendapatkan SIJIL BERIJAZAH melalui GIC.
APA ITU ‘GRADUATION-IN-COUNCIL’ (GIC)?
‘Graduation-in-Council’ atau GIC adalah polisi penyerahan skrol ijazah dan transkrip akademik kepada bakal graduan selepas kelulusan pengijazahan oleh Senat tanpa menghadiri Upacara Konvokesyen.
Terma & Syarat
Sila baca dan fahami peratuan-peratuaran dan syarat-syarat yang dinyatakan di bawah :
- Graduan dikehendaki menjelaskan kesemua hutang tertunggak dengan Universiti (yuran pengajian, yuran penginapan, dan lain-lain).
- Semua permohonan adalah tertakluk kepada kelulusan Pendaftar.
- Skrol ijazah dan transkrip akademik akan diberikan selepas 14 hari bekerja dari tarikh kelulusan.
- Graduan GIC DIBENARKAN untuk menghadiri Upacara Konvokesyen.
Borang Permohonan
Sila muat turun borang di bawah :
Borang Permohonan GIC (borang adalah dalam bahasa Inggeris).
Urus Setia
Anda boleh menghubungi kami melalui talian berikut :
GRADUAN IJAZAH TINGGI
URUS SETIA
INSTITUT PENGAJIAN SISWAZAH (IPS)
UNIVERSITI SAINS MALAYSIA
11800 USM
PULAU PINANG
Tel: (6) 04- 653 2948
GRADUAN IJAZAH PERTAMA
URUS SETIA
SEKSYEN DATA DAN REKOD PELAJAR (SDRP)
ARAS 1, BANGUNAN CANSELORI
BAHAGIAN PENGURUSAN AKADEMIK
JABATAN PENDAFTAR
UNIVERSITI SAINS MALAYSIA
11800 USM
PULAU PINANG
Tel: (6) 04- 653 4194
Terima kasih.